}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 18, 2012

frienship

~
good night world .
kata2 ni ak petik dari sebuah blog ini , dan aku rasa ini cukup memberi satu ilham tentang sahabat yang korang2 sume xtahu apa erti sebuah persahabatan yang sebenarnya.



Terbitnya entri nie setelah cik aniely meminta pendapat aku mengenai ‘kawan sejati vs kawan palsu’.. Tapi aku lebih suka menggunakan title seperti di atas.. Aku mempunyai pendapat sendiri mengenai maksud ‘teman’ ini.. Ini adalah mengikut definisi aku sendiri.. So.. Aku punya suka la kan apa aku nak tulis kan.. Haha..

Aku memandang sahabat lebih tinggi daripada kawan.. Semua orang aku anggap kawan aku.. Tapi bukan semua menjadi sahabat aku.. Situasi mudah aku beri untuk sahabat adalah “barang kau aku punya dan barang aku kau punya”.. Berlainan pulak dengan kawan yang mana “barang kau kau punya dan barang aku, aku yang punya” Haha.. Semakin pelik..
Lebih 20 tahun aku bernafas kat dunia nie.. Bermacam2 ragam kawan aku jumpe.. Bermacam lokasi aku singgah.. Dan di semua tempat aku ada kawan.. Tapi aku tak pernah jumpa pulak diantaranya menjadi sahabat aku.. Kebanyakan mereka hanya sekadar teman bekerja di opis, teman berbual di muplay, teman bergembira dan sebagainya.. Tapi kenapa aku masih tak anggap dorang sebagai sahabat aku?
Sebelum nie aku ada menulis mengenai sahabat di entri peristiwa kemalangan aku.. Yup!! Itulah salah satu contoh yang layak dipanggil sahabat.. Susah bersama dan senang bersama.. Berlainan pulak ngan kawan yang hanya tau senang sahaja bersama2.. Aku berani cakap dalam dunia nie sekerat dua jer yang boleh bersusah senang dengan orang lain..
Seperti di dalam mengenai saya, aku selalu menjadi tempat perkongsian masalah dan aku selalu menjadi tempat mencari jalan penyelesaian.. Tapi bila aku seperti ada masalah hanya ini jer aku terima; “Ko ok ker? Aku tengok macam ada tak kena jer.. Ko ada masalah ker?”.. Bagi aku itu tak cukup.. Bukanla aku nak kan balasan, tapi sudah berbaloi jika dorang bercakap “Citer la kat aku, mane tau boleh tolong”
Sahabat bagi aku bukan la hanya dialog “kau la sahabat aku dunia akhirat”.. Nilailah sendiri dan hargainya walau si ‘sahabat’ tidak mengerti.. Mencari biji cili di celahan gigi lebih senang dari mencari sahabat.. Sebaik2 sahabat tidak bermakna kita tak perlukan kawan.. Penulisan aku di atas bukanlah bermakna aku memandang keji pada yang bertitle kawan.. Keseimbangan jiwa itu perlu untuk pengurusan hidup yang bermakna..

entri yang cukup bermakna.Tapi kekadang terasa pelik dengan dunia ini,masih lagi wujud di kalangan orang2 yang tak mengenang seorang sahabat.Bagi diorang sahabat dipandang remeh,dan boleh dikatakan mcm pakai buang.
Bagi aku seorang sahabat, tak akan pernah berubah hati dan cuba perbaiki masalah,tapi yang ketara aku nampak bila dah gaduh semua pekong atau rahsia kawan itu habis dibongkarkan semua. patut ke manusia sebegini di anggap sahabat ?
dalam kes kisah aku,cukuplah aku dah melalui semua ini.airmata untuk sahabat memg tak boleh di tahan.mereka tak kan rasa sayangnya aku kt diorang.diorang fikir aku ni suka menyendiri tapi ad mereka2 ini fikir sebaliknya.bila aku cuba mendekati, mereka makin menjauhi.hanya tuhan je tau rasa kecewa teramat sangat.Sukar bagi aku berjumpa sahabat yang btl2 sejati,ikhlas.
aku tak mampu luahkan apa yg aku rasa ini dengan percakapan .bila kenangkan kembali mula airmata berlinang.





1 comment:

QiosWriter said...

yup..true friends hard to be find, that's why we live. if not, there'll be no friendship.

Anyway, pihak QIOS nk jmput cik utk join contest dr kami. Sgt senang nak dpt hadiah. Bkn blogger pun boleh masuk.and, kalau cik invite org plg ramai utk join contest ni, pun dpt hadiah. murah ati nk bg hadiah ni. sbb kami ni gadis2 yg br nk mulakan prniagaan dgn kuasa pwrpuff girls! (ceywah) jom!