}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 12, 2012

ouh my gochh !

~
selamat malam sy ucapkan .huhu ..
zappp bagaikan electric shock .. mood sy datang nak bukak blog niy dan oleh kerana da bukak mestilah teringin nak bt entry baru . ermm .. diam tak diam da nak dekat semester 4 and da nak g praktikal . unbelieveable + teruja .cepat sungguh masa berlalu kan. dan cepat jugakla umo den meningkat. :'( sad ~ ..(erghh whatever) dan buat masa sekarang niy ,den sedang mencari tempat untuk l.i december nih .huru-hara memikirkannya . nasib baik dapat bantuan dr my sis ,mintak tlg sumbng tenaga cri kan . hhe . hope segalanya berjalan ngan lancar la .aaamiiinnnn !!
berdebar pulak ati kite nak keje ngan company. first time in my life der .huh !cuakk(berpeluh ketiak) . lagi2 time kena interview . oh my goshhh ! nk pengsan rasanya  walaupun belum di interview lagi . dan disebabkan itu sy cuba bertanya kt mR.g0ogle . bagaimana cara nak mghadapi masalah ni . dan mR. g0ogle mnjawab .


Sebelum temuduga

  • Cari maklumat syarikat yang memanggil temuduga seperti sejarah syarikat, pengasas, produk/perkhidmatan yang ditawarkan, hala tuju dan perkembangan terbaru. 

  • Bersedia dengan soalan- soalan yang mungkin akan ditanya oleh penemuduga. Anda juga perlu ambil tahu mengenai isu-isu semasa dunia terutama sekali di Malaysia. 

  • Sediakan segala dokumen penting seperti resume, kad pengenalan, sijil akademik, sijil ko-kurikulum dan sijil-sijil aktiviti di luar kampus jika ada. Bawa salinan sijil-sijil ini sebagai back up jika diminta. Sediakan juga laporan projek-projek yang pernah anda lakukan sepanjang masa belajar atau di latihan industri.

  • Pastikan anda mempunyai pakaian yang sesuai untuk proses temuduga. Pakaian anda perlu bersesuaian dengan jawatan yang diminta. Pilih warna-warna cerah untuk kemeja, seluar atau skirt gelap. Jangan memakai tali leher yang mempunyai gambar kartun! Jika memilih baju kurung, warna baju tidak perlu lebih dari 3 warna. Bersolek sekadar perlu sahaja.

  • Sesi temuduga biasanya dijalankan di waktu pagi, oleh itu dapatkan tidur yang cukup. Pastikan anda bersarapan sebelum menuju ke tempat temuduga. Walaupun kedua perkara ini nampak remeh, ianya penting supaya anda nampak segar dan bersedia serta dapat memberi tumpuan yang penuh semasa temuduga.

  • Temuduga di jabatan bermula seawal jam 8 pagi sehingga kesemua calon telah ditemuduga – ia mungkin mengambil masa hingga ke petang, tanpa rehat makan tengahari!

  • Berlatih dengan kawan-kawan atau di hadapan cermin. Cara masuk, posisi duduk dan cara menjawab soalan mengambarkan serba sedikit mengenai personaliti anda.

  • Hubungi syarikat tersebut jika anda tidak berapa pasti mengenai lokasi temuduga. Cuba cari jalan yang betul sebelum hari temuduga supaya anda tidak sesat.

  • Cuba elak daripada menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat temuduga. Kalau boleh, minta tolong keluarga atau rakan-rakan untuk menghantar anda – takut nanti anda lambat sampai dan terlepas peluang temuduga.



Semasa temuduga
  • Sebelum berjumpa penemuduga, pastikan anda berpakaian kemas. Jika rambut panjang, sisir ke belakang dan gunakan krim rambut. Bacalah doa penenang hati supaya tidak gementar.

  • Apabila masuk, beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga. Hulurkan tangan untuk bersalam bagi yang muhrim. Pastikan genggaman tangan anda kemas dan kejap. Jangan duduk selagi tidak dibenarkan!

  • Untuk menghilangkan rasa gemuruh, anda boleh mulakan perbualan dengan bertanya khabar kepada panel temuduga – tapi jangan lebih-lebih!

  • Penemuduga di syarikat swasta mungkin terdiri dari seorang atau 2 orang wakil majikan. Bergantung kepada jawatan yang dipohon, biasanya Pengurus Sumber Manusia atau Pengurus-pengurus Bahagian yang akan menjalankan sesi temuduga . Jika bernasib baik, Pengarah Syarikat sendiri yang akan menilai anda!

  • Dengar soalan dengan teliti. Fikir dulu sebelum menjawab soalan yang ditanya. Kawal pergerakan tangan dan badan – biasanya akan banyak bergerak jika gementar! Jika penemuduga buat lawak, jangan ketawa berlebihan.

  • Permulaan temuduga, anda akan ditanya soalan-soalan biasa seperti nama, umur dan tempat tinggal. Ini adalah usaha penemuduga untuk membuat anda rasa selesa.

  • Semasa temuduga berlangsung, anda boleh bertanya soalan-soalan mengenai jawatan yang dipohon kepada panel. Jangan bercerita mengenai masalah peribadi atau mengenai bekas majikan anda.

  • Sesi temuduga mungkin akan dijalankan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya jika di syarikat swasta. Tapi di jabatan kerajaan, jika anda ditanya dalam bahasa Melayu – jawab dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan bahasa Inggeris.

  • Tempoh temuduga bergantung kepada jumlah calon yang datang. Biasanya antara 20 minit ke 30 minit – apa yang nak ditanya lama-lama tu ye? Jika ramai calon yang datang dan anda mendapat giliran yang awal, bersedia lebih! – penemuduga masih dalam mood yang baik dan gemar bertanya banyak soalan (biasanya soalan tidak terlalu sukar). Jika anda mendapat giliran di tengah, penemuduga mungkin sudah jemu bertanya soalan yang sama – anda mungkin ditanya mengenai keadaan politik semasa! Anda mendapat giliran hujung? Anda akan selesai ditemuduga dalam masa 10 minit – panel temuduga sudah penat!

Selesai temuduga
  • Anda boleh bertanya pada penemuduga bila keputusan akan diumumkan. Jika anda rasa yakin, mohon satu lagi sesi temuduga khas untuk mempromosikan diri anda. Majikan suka calon sebegini.

lepas baca nih . eden traso lobih konpiden nak mngahadapi orang walaupun ade sikit ketaq .haha . pape pun wish me luck yarh .


No comments: